Masih belum terlewat nak mulakan azam baru pada tahun 2011.Paling penting azam mesti dilaksanakan untuk mencapai impian..

Isnin, 7 Februari 2011

Susu Kambing & madu


  • Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus serta mudah hadam berbanding dengan susu lain. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
  • Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
    • Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.


      Sabtu, 5 Februari 2011

      Nasib laa

      Bila tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah ,berpusu-pusu orang balik kampung..Aku pun join laa,balik kampung nak raikan hari perkahwinan sepupu...lepas pengantin perempuan sampai,kitaorang pun mohon bertolak balik ke kuala terengganu.Kononnya sempatla nak pergi kenduri kat rumah Tc Yus di taman Chendering...huss...teruknya jammed..akhirnye sampai rumah orang dah azan maghrib..apa nak dikata??

      Sabtu, 29 Januari 2011

      harith oh harith

      Sebelum tidur aku berpesan kat anakku,harith..kakak start cuti esok (ahad) tapi mama kerja lagi..Harith diam jer ..tetiba dia jawab 'kenapa mama kerja,kakak kan cuti?'..Dengan selamba aku jawab'mama kerja nak beli susu adik ,nak bayar yuran sekolah kakak'..Dalam hati takpe la mungkin dia tak faham..Sangkaanku meleset bila dia jawab'mama tak payah g kerja la,susu adik banyak lagi kat dapur' sambil tarik tangan ku ke dapur.Sampai di dapur dia menunjuk deretan tin susu.Sebenarnya susu tu aku beli masa sale hari tu..Emm,aku senyum jer laa ...

      Jumaat, 28 Januari 2011

      Azam baru

      Setiap kali masuk tahun baru ramai yang memasang angan baru termasuklah aku hehehe..
      Apa ye azam baru kali ni??emmm...